-
2 Tawarikh 23:4-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Inilah apa yang harus kamu lakukan: Kumpulkanlah para imam dan orang Lewi yang bertugas+ pada hari Sabat, dan bahagikan mereka kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan akan menjadi penjaga pintu,+ 5 satu kumpulan akan mengawal istana,+ dan satu kumpulan lagi akan mengawal Pintu Gerbang Dasar. Semua rakyat akan berada di halaman Rumah Yehuwa.+ 6 Jangan benarkan sesiapa pun untuk masuk ke dalam Rumah Yehuwa, kecuali para imam dan orang Lewi yang sedang bertugas.+ Mereka dibenarkan masuk kerana mereka telah disucikan. Semua rakyat mesti menunaikan kewajipan mereka kepada Yehuwa. 7 Orang Lewi harus memegang senjata dan melindungi raja dari setiap penjuru. Sesiapa yang mencuba masuk ke dalam Rumah Tuhan harus dibunuh. Iringilah raja ke mana sahaja baginda pergi.”
-