PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 11:5-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Dia berkata, “Inilah yang harus kamu lakukan: Apabila kamu bertugas pada hari Sabat, satu pertiga daripada kamu harus mengawal istana dengan ketat,+ 6 satu pertiga daripada kamu akan mengawal Pintu Gerbang Dasar, dan satu pertiga lagi akan mengawal pintu gerbang di belakang para pengawal istana. Kamu perlu berbuat demikian secara bergilir-gilir. 7 Dua kumpulan yang tidak bertugas pada hari Sabat haruslah mengawal Rumah Yehuwa dengan ketat untuk melindungi raja. 8 Kamu harus memegang senjata dan melindungi raja dari setiap penjuru. Sesiapa yang mencuba menembusi barisan pertahanan kamu harus dibunuh. Iringilah raja ke mana sahaja baginda pergi.”

  • 1 Tawarikh 9:22-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai. 23 Mereka dan anak-anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk mengawal pintu-pintu rumah Yehuwa,+ iaitu khemah-Nya. 24 Mereka mengawal pintu di sebelah utara, selatan, timur, dan barat.+ 25 Dari masa ke masa, saudara-saudara mereka akan datang dari kampung dan bertugas bersama mereka selama tujuh hari.

  • 1 Tawarikh 26:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Berikut merupakan kumpulan-kumpulan yang bertugas untuk mengawal pintu gerbang:+ Daripada anak-anak Korah, terdapat Meselemia+ anak lelaki Kore, salah seorang keturunan Asaf.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi