-
2 Tawarikh 25:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Amazia berumur 25 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 29 tahun. Ibunya ialah Yehoadan dari Yerusalem.+ 2 Dia terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa, tetapi dia tidak berbuat demikian dengan sepenuh hati. 3 Sebaik sahaja pemerintahannya kukuh, dia membunuh para pegawai yang telah membunuh bapanya, iaitu raja yang memerintah sebelumnya.+ 4 Tetapi dia tidak membunuh anak-anak mereka. Perbuatannya ini selaras dengan perintah Yehuwa yang tercatat dalam Hukum Musa: “Bapa tidak patut mati kerana dosa anak, dan anak tidak patut mati kerana dosa bapa. Setiap orang harus mati kerana dosa sendiri.”+
-