-
2 Raja-Raja 14:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Amazia anak Raja Yehoas dari Yehuda mula memerintah pada tahun kedua pemerintahan Yehoas+ anak Yehoahas, raja Israel. 2 Amazia berumur 25 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 29 tahun. Ibunya ialah Yehoadin dari Yerusalem.+ 3 Amazia mengikut haluan bapanya, Yehoas.+ Dia terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa, tetapi dia tidak seperti nenek moyangnya Daud.+ 4 Dia tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat,+ dan rakyat masih mempersembahkan korban dan membakarnya di tempat-tempat itu sehingga asap naik.+ 5 Sebaik sahaja pemerintahannya kukuh, dia membunuh para pegawai yang telah membunuh bapanya, iaitu raja yang memerintah sebelumnya.+ 6 Tetapi dia tidak membunuh anak-anak mereka. Perbuatannya ini selaras dengan perintah Yehuwa yang tercatat dalam Hukum Musa: “Bapa tidak patut dihukum mati kerana dosa anak, dan anak tidak patut dihukum mati kerana dosa bapa. Setiap orang harus dihukum mati kerana dosa sendiri.”+
-