-
Yesaya 36:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Kemudian raja Assyria mengutus ketua pengurus minumannya*+ bersama sepasukan askar yang besar dari Lakhis+ kepada Raja Hizkia yang ada di Yerusalem. Mereka pergi ke Yerusalem dan tiba di saluran yang menyalurkan air dari Kolam Atas.+ Saluran itu terletak di tepi jalan utama yang menuju ke tempat orang mencuci kain.+ 3 Kemudian Elyakim+ anak Hilkia, iaitu pengurus istana, Sebna,+ iaitu setiausaha, dan Yoah anak Asaf, iaitu pencatat, keluar menemui mereka.
-