-
2 Raja-Raja 18:17, 18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Tetapi raja Assyria mengutus ketua tentera,* ketua pegawai istana,* dan ketua pengurus minumannya* bersama sepasukan askar yang besar dari Lakhis+ kepada Raja Hizkia yang ada di Yerusalem.+ Mereka pergi ke Yerusalem dan tiba di saluran yang menyalurkan air dari Kolam Atas, iaitu dekat jalan utama yang menuju ke tempat orang mencuci kain.+ 18 Mereka memanggil raja untuk keluar, tetapi Elyakim+ anak Hilkia, Sebna,+ dan Yoah anak Asaf pula yang keluar menemui mereka. (Elyakim ialah pengurus istana, Sebna ialah setiausaha, dan Yoah ialah pencatat.)
-