PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 36:13-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kemudian, ketua pengurus minuman itu berseru dengan kuat dalam bahasa orang Yahudi,+ “Dengarlah kata-kata raja Assyria yang agung!+ 14 Raja berkata, ‘Janganlah diperdayakan oleh Hizkia kerana dia tidak dapat menyelamatkan kamu.+ 15 Dia mungkin berkata, “Yehuwa pasti akan menyelamatkan kita, dan kota ini tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Janganlah terpengaruh dengan kata-kata Hizkia sehingga kamu percaya kepada Yehuwa.+ 16 Usahlah kamu mendengar kata-kata Hizkia kerana beta, raja Assyria, berkata, “Menyerahlah dan berdamailah dengan beta. Kamu akan makan buah anggur daripada pokok anggur kamu sendiri, buah ara daripada pokok ara kamu sendiri, dan minum air daripada perigi kamu sendiri. 17 Kemudian, beta akan membawa kamu ke sebuah negeri yang serupa dengan negeri kamu.+ Negeri itu penuh dengan biji-bijian, wain baharu, pokok anggur, dan makanan. 18 Hizkia mungkin berkata, ‘Yehuwa akan menyelamatkan kita,’ tetapi janganlah tertipu. Pernahkah tuhan bangsa-bangsa lain menyelamatkan negeri mereka daripada tangan raja Assyria?+ 19 Di manakah tuhan orang Hamat dan orang Arpad?+ Di manakah tuhan orang Sefarwaim?+ Pernahkah tuhan-tuhan itu menyelamatkan Samaria daripada genggaman beta?+ 20 Tuhan manakah yang pernah menyelamatkan negerinya daripada tangan beta? Mengapakah kamu berfikir bahawa Yehuwa dapat menyelamatkan Yerusalem?”’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi