-
2 Raja-Raja 18:28-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Kemudian, ketua pengurus minuman itu berseru dengan kuat dalam bahasa orang Yahudi, “Dengarlah kata-kata raja Assyria yang agung!+ 29 Raja berkata, ‘Janganlah diperdayakan oleh Hizkia kerana dia tidak dapat menyelamatkan kamu daripada genggaman beta.+ 30 Dia mungkin berkata, “Yehuwa pasti akan menyelamatkan kita, dan kota ini tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Janganlah terpengaruh dengan kata-kata Hizkia sehingga kamu percaya kepada Yehuwa.+ 31 Usahlah kamu mendengar kata-kata Hizkia kerana beta, raja Assyria, berkata, “Menyerah dirilah dan berdamailah dengan beta. Kamu akan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri. 32 Kemudian, beta akan membawa kamu ke sebuah negeri yang serupa dengan negeri kamu.+ Negeri itu penuh dengan biji-bijian dan pokok-pokok anggur yang segar. Negeri itu melimpah dengan makanan, madu, dan wain baharu. Negeri itu juga penuh dengan pokok zaitun dan ladang anggur. Di sana, kamu akan hidup dan tidak akan mati. Janganlah ditipu oleh Hizkia semasa dia berkata, ‘Yehuwa akan menyelamatkan kita.’ 33 Pernahkah tuhan bangsa-bangsa lain menyelamatkan negeri mereka daripada tangan raja Assyria? 34 Di manakah tuhan orang Hamat+ dan orang Arpad? Di manakah tuhan orang Sefarwaim,+ orang Hena, dan orang Iwa? Pernahkah tuhan-tuhan itu menyelamatkan Samaria daripada genggaman beta?+ 35 Tuhan manakah yang pernah menyelamatkan negerinya daripada tangan beta? Mengapakah kamu berfikir bahawa Yehuwa dapat menyelamatkan Yerusalem?”’”+
-