-
Yesaya 37:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Sebaik sahaja Raja Hizkia mendengar apa yang berlaku, dia mengoyakkan jubahnya dan mengenakan kain guni lalu pergi ke Rumah Yehuwa.+ 2 Kemudian dia menyuruh Elyakim, iaitu pengurus istana, Sebna, iaitu setiausaha, dan ketua-ketua imam, untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya+ anak Amoz. Mereka juga memakai kain guni. 3 Mereka menyampaikan pesanan Hizkia kepada nabi itu dengan berkata, “Hari ini hari penderitaan, hari penghinaan, dan hari yang mengaibkan, kerana kita seperti perempuan yang hendak melahirkan anak, tetapi tidak ada kekuatan untuk melahirkannya.+ 4 Raja Assyria telah mengutus ketua pengurus minumannya* untuk menghina Tuhan yang hidup.+ Barangkali Tuhan Yehuwa telah mendengar kata-katanya itu. Biarlah Tuhan Yehuwa menjatuhkan hukuman kepadanya. Berdoalah+ bagi rakyat yang masih ada di sini.”+
-