-
2 Raja-Raja 19:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Sebaik sahaja Raja Hizkia mendengar apa yang berlaku, dia mengoyakkan jubahnya dan mengenakan kain guni lalu pergi ke Rumah Yehuwa.+ 2 Kemudian dia menyuruh Elyakim, iaitu pengurus istana, Sebna, iaitu setiausaha, dan ketua-ketua imam untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya+ anak Amoz. Mereka juga memakai kain guni. 3 Mereka menyampaikan pesanan Hizkia kepada nabi itu, “Hari ini hari penderitaan, hari penghinaan, dan hari yang mengaibkan, kerana kita seperti perempuan yang hendak melahirkan anak,* tetapi tidak ada kekuatan untuk melahirkannya.+ 4 Raja Assyria telah mengutus ketua pengurus minumannya* untuk menghina Tuhan yang hidup.+ Barangkali Tuhan Yehuwa telah mendengar kata-katanya itu. Semoga Tuhan Yehuwa menjatuhkan hukuman kepadanya. Berdoalah+ bagi rakyat yang masih ada di sini.”
-