-
Yeremia 27:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “‘“‘Jika suatu bangsa atau kerajaan tidak mahu tunduk kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon dan enggan meletakkan kuk raja Babilon pada tengkuk mereka, Aku akan menghukum bangsa itu dengan pedang,+ kebuluran, dan wabak penyakit,’ firman Yehuwa, ‘sehingga bangsa itu musnah di bawah tangannya.’
-
-
Yeremia 43:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Aku akan memanggil hamba-Ku, iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Aku akan meletakkan takhtanya di atas batu-batu yang telah Aku sembunyikan itu, dan raja itu akan membentangkan khemah diraja ke atasnya.+
-
-
Daniel 4:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 “Beta, Raja Nebukadnezar, berkata kepada orang daripada pelbagai bangsa dan bahasa yang ada di seluas bumi: Semoga kamu sejahtera!
-