-
Yeremia 25:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Aku akan memanggil semua keluarga dari sebelah utara,”+ firman Yehuwa, “ya Aku akan memanggil hamba-Ku,+ iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon, dan Aku akan menyuruh mereka menyerang negeri kamu+ dan penduduk di negeri kamu serta semua bangsa di sekeliling kamu.+ Aku akan memusnahkan kamu dan semua bangsa itu. Orang yang lalu di hadapan kamu akan berasa takut dan mengejek kamu.* Kamu akan menjadi reruntuhan buat selama-lamanya.
-
-
Yeremia 27:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Sekarang Aku telah menyerahkan semua negeri ini ke dalam tangan hamba-Ku, iaitu Raja Nebukadnezar+ dari Babilon, bahkan binatang liar di padang pun telah Aku serahkan ke dalam tangannya.
-
-
Yehezkiel 29:19, 20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 “Maka Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Mesir kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Raja itu akan mengambil kekayaan negeri itu dan merampas segala hartanya sebagai upah untuk tenteranya.’
20 “‘Raja itu telah menyerang Tirus, maka Aku akan memberikan negeri Mesir kepadanya sebagai upah kerana mereka telah bertindak bagi pihak-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
-