-
Yeremia 25:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Aku akan memanggil semua keluarga dari sebelah utara,”+ firman Yehuwa, “ya Aku akan memanggil hamba-Ku,+ iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon, dan Aku akan menyuruh mereka menyerang negeri kamu+ dan penduduk di negeri kamu serta semua bangsa di sekeliling kamu.+ Aku akan memusnahkan kamu dan semua bangsa itu. Orang yang lalu di hadapan kamu akan berasa takut dan mengejek kamu.* Kamu akan menjadi reruntuhan buat selama-lamanya.
-
-
Yeremia 43:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Aku akan memanggil hamba-Ku, iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Aku akan meletakkan takhtanya di atas batu-batu yang telah Aku sembunyikan itu, dan raja itu akan membentangkan khemah diraja ke atasnya.+
-
-
Daniel 2:37, 38Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Wahai tuanku yang agung, Tuhan di syurga telah memberi tuanku kerajaan,+ keperkasaan, kekuatan, dan kemuliaan. 38 Tuhan juga telah memberi tuanku kekuasaan dan menjadikan tuanku pemerintah atas semua manusia di bumi, binatang di padang, dan burung di langit.+ Tuankulah kepala yang diperbuat daripada emas itu.+
-