PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 52:6-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Pada hari kesembilan bulan keempat tahun itu,+ kebuluran menjadi begitu teruk sehingga penduduk di dalam kota itu tidak mempunyai makanan lagi.+ 7 Akhirnya, tembok kota ditembusi musuh, dan semua askar melarikan diri dari kota itu pada malam hari ketika orang Kasdim sedang mengepung kota itu. Askar-askar itu keluar melalui pintu gerbang di antara dua tembok yang berdekatan taman di istana, dan mereka mengambil jalan yang menuju ke Araba.+ 8 Tetapi Raja Zedekia+ dikejar oleh tentera Kasdim, dan mereka menangkapnya di padang gurun di Yerikho. Semua askarnya melarikan diri dan meninggalkannya. 9 Selepas mereka menangkap Zedekia, mereka membawanya kepada raja Babilon untuk diadili. Dia dibawa ke Ribla yang terletak di tanah Hamat. 10 Raja Babilon membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan matanya. Setelah itu, Nebukadnezar juga membunuh semua pemimpin Yehuda di Ribla. 11 Kemudian raja Babilon membutakan mata Zedekia+ dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon. Zedekia dipenjarakan di situ sehingga dia mati.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi