PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:53-57
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 53 dan kamu terpaksa memakan anak-anak kamu sendiri,+ iaitu anak-anak yang dikurniakan oleh Yehuwa kepada kamu. Hal ini demikian kerana penderitaan dan penindasan yang diakibatkan oleh serangan musuh kamu itu terlalu dahsyat.

      54 “Lelaki yang biasa hidup dalam kemewahan dan yang bersikap lemah lembut pun tidak akan berbelas kasihan terhadap saudaranya, isteri yang dikasihinya, atau anak-anaknya yang masih hidup. 55 Dia akan memakan anaknya sendiri dan tidak akan membahagikannya dengan sesiapa pun kerana dia tidak mempunyai makanan lain, dan kerana dia sangat menderita akibat serangan musuh terhadap kota-kota kamu.+ 56 Wanita yang bersikap lemah lembut dan yang biasa hidup dalam kemewahan, sehingga tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah,+ tidak akan berbelas kasihan terhadap suami yang dikasihinya atau anak-anaknya. 57 Secara sembunyi-sembunyi, dia akan memakan anaknya sendiri dan bahkan uri bayinya,* kerana dia sangat menderita akibat serangan musuh terhadap kota-kota kamu.

  • 2 Raja-Raja 25:3-7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Pada hari kesembilan, bulan keempat tahun itu, kebuluran menjadi begitu teruk+ sehingga penduduk di dalam kota itu tidak mempunyai makanan lagi.+ 4 Tembok kota ditembusi musuh,+ dan semua askar melarikan diri pada malam hari ketika orang Kasdim sedang mengepung kota itu. Askar-askar itu keluar melalui pintu gerbang di antara dua tembok yang berdekatan taman di istana, lalu raja mengambil jalan yang menuju ke Araba.+ 5 Tetapi raja dikejar oleh tentera Kasdim, dan mereka menangkapnya di padang gurun di Yerikho. Semua askarnya melarikan diri dan meninggalkannya. 6 Selepas mereka menangkap Zedekia,+ mereka membawanya kepada raja Babilon di Ribla untuk diadili. 7 Mereka membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan matanya. Setelah itu, Nebukadnezar membutakan mata Zedekia dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+

  • Yesaya 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Lihatlah! Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,

      Akan menyingkirkan segala sesuatu yang diharapkan oleh penduduk Yerusalem dan Yehuda;

      Dia akan menyingkirkan roti dan air,+

  • Yehezkiel 4:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tuhan berfirman lagi, “Hai anak manusia, Aku akan menghentikan bekalan makanan* di Yerusalem.+ Penduduk kota itu akan berasa cemas apabila mereka menimbang roti mereka dan memakannya.+ Mereka akan berasa khuatir semasa mereka menyukat air mereka dan meminumnya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi