PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 7:12-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Apabila engkau sampai di akhir hayatmu+ dan engkau meninggal, Aku akan melantik keturunanmu sebagai raja. Ya, Aku akan melantik anakmu, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.+ 13 Anak itulah yang akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku,+ dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya buat selama-lamanya.+ 14 Aku akan menjadi bapanya, dan dia akan menjadi anak-Ku.+ Apabila dia berbuat salah, Aku akan membetulkan kesalahannya dengan tongkat, seperti tongkat yang digunakan oleh manusia. Aku akan menghukumnya dengan sebatan, seperti sebatan yang diberikan oleh anak-anak manusia.*+ 15 Aku akan terus menunjukkan kasih setia kepadanya, walaupun Aku pernah berhenti menunjukkan kasih setia kepada Saul,+ yang telah Aku singkirkan dari hadapanmu. 16 Keturunanmu akan tetap memerintah dan kerajaanmu akan kekal buat selama-lamanya. Ya, takhtamu akan kukuh buat selama-lamanya.”’”+

      17 Natan memberitahu Daud kata-kata itu dan penglihatan itu.+

  • 1 Raja-Raja 9:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Aku akan mengukuhkan kerajaanmu di Israel buat selama-lamanya. Hal ini demikian kerana Aku pernah berjanji kepada bapamu Daud, ‘Salah seorang daripada keturunanmu akan selalu duduk di atas takhta Israel.’+

  • 1 Tawarikh 28:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Yehuwa telah mengurniakan banyak putera kepada beta. Daripada kalangan putera beta,+ Dia telah memilih Salomo+ untuk duduk di atas takhta milik Yehuwa dan memerintah kerajaan Israel.+

  • Yeremia 23:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “Lihatlah! Masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku membuat tunas yang baik bertumbuh bagi* Daud.+ Ya, seorang raja akan memerintah.+ Raja itu akan menunjukkan pengertian, dan menegakkan keadilan dan kebenaran di negeri ini.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi