PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 49:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Yehuda akan sentiasa memegang tongkat kerajaan,+ dan tongkat pemerintah akan sentiasa ada di antara kakinya sehingga Silo* datang,+ dan semua orang harus mematuhi dia.*+

  • 1 Raja-Raja 8:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Yehuwa telah menunaikan janji-Nya. Beta telah duduk di atas takhta Israel dan menggantikan ayahanda beta sebagai raja, seperti yang telah dijanjikan oleh Yehuwa. Beta juga telah membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+

  • 1 Tawarikh 17:11-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “‘“Apabila engkau sampai di akhir hayatmu dan engkau meninggal, Aku akan melantik keturunanmu sebagai raja. Ya, Aku akan melantik salah seorang anakmu,+ dan Aku akan mengukuhkan pemerintahannya.+ 12 Anak itulah yang akan membina sebuah rumah untuk-Ku,+ dan Aku akan mengukuhkan takhtanya buat selama-lamanya.+ 13 Aku akan menjadi bapanya, dan dia akan menjadi anak-Ku.+ Aku akan terus menunjukkan kasih setia kepadanya,+ walaupun Aku pernah berhenti menunjukkan kasih setia kepada orang sebelum engkau.+ 14 Aku akan mengangkat dia dan meletakkan dia di dalam rumah-Ku dan di atas takhta-Ku buat selama-lamanya.+ Pemerintahannya akan kekal buat selama-lamanya.”’”+

  • Mazmur 132:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Ya Yehuwa, Engkau telah bersumpah kepada Daud,

      Dan Engkau tidak akan memungkiri janji-Mu ini:

      “Aku akan melantik salah seorang daripada keturunanmu

      Untuk duduk di atas takhtamu.+

  • Yesaya 9:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;

      Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+

      Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.

      Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannya

      Berdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+

      Dari sekarang hingga selama-lamanya.

      Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.

  • Yesaya 11:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Matius 21:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Orang ramai yang berjalan di hadapan dan belakangnya berseru-seru, “Moga Tuhan menyelamatkan Anak Daud!+ Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!*+ Moga Tuhan yang di syurga menyelamatkannya!”+

  • Matius 22:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 “Apakah pendapat kamu tentang Kristus? Dia itu anak siapa?” Mereka menjawab, “Dia anak Daud.”+

  • Lukas 1:32, 33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Yohanes 7:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 Bukankah ayat suci menyatakan bahawa Kristus akan datang daripada keturunan Daud+ dan berasal dari Betlehem,+ iaitu tempat asal Daud?”+

  • Kisah 2:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Daud seorang nabi, dan dia tahu bahawa Tuhan telah berjanji dan bersumpah kepadanya bahawa salah seorang daripada keturunannya akan duduk di atas takhtanya.+ Oleh itu,

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi