-
2 Samuel 10:9-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Apabila Yoab nampak bahawa mereka diserang dari depan dan belakang, dia memilih askar-askar Israel yang terbaik lalu mengatur barisan tentera untuk berhadapan dengan orang Siria.+ 10 Yoab menyerahkan askar-askar selebihnya kepada abangnya Abisai,+ supaya Abisai dapat mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Ammon.+ 11 Kemudian Yoab berkata, “Jika orang Siria terlalu kuat bagiku, kamu harus datang menyelamatkan aku. Tetapi jika orang Ammon terlalu kuat bagimu, aku akan datang menyelamatkan kamu. 12 Jadilah kuat dan beranikanlah+ dirimu demi bangsa kita dan demi kota-kota Tuhan kita. Yehuwa akan melakukan apa yang baik di mata-Nya.”+
-