-
1 Tawarikh 19:10-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Apabila Yoab nampak bahawa mereka diserang dari depan dan belakang, dia memilih askar-askar Israel yang terbaik lalu mengatur barisan tentera untuk berhadapan dengan orang Siria.+ 11 Yoab menyerahkan askar-askar selebihnya kepada abangnya Abisai, supaya Abisai+ dapat mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Ammon. 12 Kemudian Yoab berkata, “Jika orang Siria+ terlalu kuat bagiku, kamu harus datang menyelamatkan aku. Tetapi jika orang Ammon terlalu kuat bagimu, aku akan menyelamatkan kamu. 13 Jadilah kuat dan beranikanlah dirimu+ demi bangsa kita dan demi kota-kota Tuhan kita. Yehuwa akan melakukan apa yang baik di mata-Nya.”
-