-
Keluaran 12:3-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Sampaikanlah perintah ini kepada segenap umat Israel, ‘Pada hari ke-10 bulan ini, setiap orang harus memilih seekor biri-biri+ untuk keluarganya. Setiap keluarga harus mendapatkan seekor biri-biri. 4 Jika sebuah keluarga terlalu kecil dan tidak dapat menghabiskan seekor biri-biri, mereka boleh memakannya di dalam sebuah rumah bersama jiran yang terdekat. Biri-biri itu harus dibahagikan menurut jumlah orang yang memakannya. 5 Kamu boleh memilih seekor biri-biri ataupun seekor kambing, tetapi binatang itu mesti jantan yang berumur satu tahun, dan yang tidak ada kecacatan.+ 6 Kamu harus menjaga binatang itu sehingga hari ke-14 bulan ini.+ Pada waktu senja,*+ setiap keluarga dalam kalangan umat Israel harus menyembelih binatang masing-masing. 7 Mereka harus mengambil sedikit darah binatang itu dan memercikkannya pada kedua-dua batang tiang pintu dan pada ambang pintu rumah, tempat mereka memakan binatang itu.+
8 “‘Pada malam itu,+ mereka harus memakan daging yang dipanggang atas api, bersama sayur pahit+ dan roti tidak beragi.+ 9 Daging itu harus dipanggang seluruhnya, lengkap dengan kepala, kaki, dan organ dalaman. Makanlah daging yang sudah dipanggang itu. Jangan makan daging yang mentah atau yang direbus. 10 Jangan tinggalkan sedikit pun daripada daging itu sehingga pagi. Apa-apa sahaja yang tertinggal sehingga pagi esok haruslah dibakar.+ 11 Semasa kamu makan, kamu harus sudah memakai tali pinggang dan kasut, serta memegang tongkat. Kamu harus makan cepat-cepat. Inilah Perayaan Paska* bagi Aku, Yehuwa.
-