PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 20:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Yesaya berkata kepada Hizkia, “Dengarlah firman Yehuwa,+ 17 ‘Lihatlah! Masanya akan tiba apabila segala sesuatu yang ada di dalam istanamu, dan segala sesuatu yang telah dikumpulkan oleh nenek moyangmu sehingga hari ini, akan dibawa ke Babilon.+ Tiada satu pun yang akan tinggal,’ firman Yehuwa.

  • Yesaya 39:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 ‘Lihatlah! Masanya akan tiba apabila segala sesuatu yang ada di dalam istanamu, dan segala sesuatu yang telah dikumpulkan oleh nenek moyangmu sehingga hari ini, akan dibawa ke Babilon. Tiada satu pun yang akan tinggal.’+ Yehuwa juga berfirman,+

  • Yeremia 27:19-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman tentang tiang-tiang,+ Laut Tembaga,+ pedati-pedati,+ dan perkakas lain yang masih ada di dalam kota ini. 20 (Barang-barang ini ditinggalkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilon semasa dia membawa Yekhonya anak Yehoyakim, iaitu raja Yehuda, dari Yerusalem ke Babilon sebagai tawanan. Dia juga membawa semua golongan bangsawan Yehuda dan Yerusalem sebagai tawanan.)+ 21 Ya, inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel, berkenaan barang-barang yang masih ada di Rumah Yehuwa, istana raja Yehuda, dan Yerusalem: 22 ‘“Semua barang ini akan dibawa ke Babilon+ dan disimpan di sana sehingga Aku memerhatikannya lagi,” firman Yehuwa. “Kemudian barulah Aku akan membawa semuanya kembali ke sini.”’”+

  • Yeremia 52:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Orang Kasdim menghancurkan tiang-tiang tembaga+ di Rumah Yehuwa dan pedati-pedati+ serta Laut Tembaga+ di Rumah Yehuwa. Lalu mereka membawa semua tembaga itu ke Babilon.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi