-
1 Raja-Raja 8:41-43Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 “Selain itu, berkenaan orang asing yang bukan sebahagian daripada umat-Mu Israel, yang telah datang ke sini dari negeri yang jauh kerana nama-Mu+ 42 (kerana mereka mendengar tentang nama-Mu yang agung,+ tangan-Mu yang perkasa, dan lengan-Mu yang terentang untuk bertindak), lalu dia datang dan berdoa menghadap ke arah rumah ini, 43 semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga.+ Kabulkanlah segala permintaan orang asing itu agar semua orang di bumi menjadi seperti umat-Mu Israel yang mengenal nama-Mu dan takut kepada-Mu+ serta mengetahui bahawa nama-Mu ada pada rumah yang telah aku bina ini.
-