-
Bilangan 9:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “‘Jika ada orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu, dia juga harus menyambut Perayaan Paska untuk menghormati Aku, Yehuwa.+ Dia harus merayakannya menurut semua peraturan yang sudah ditetapkan+ bagi perayaan itu. Hukum yang sama berlaku untuk kamu semua, baik orang asing mahupun orang Israel.’”+
-
-
Rut 1:16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Tetapi Rut menjawab, “Janganlah suruh saya meninggalkan mak. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, ke sanalah saya hendak pergi juga. Di mana saja mak tinggal, di situlah saya hendak tinggal juga. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Tuhan yang mak sembah, akan saya sembah juga.+
-
-
2 Tawarikh 6:32, 33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 “Selain itu, berkenaan orang asing yang bukan sebahagian daripada umat-Mu Israel, yang telah datang ke sini dari negeri yang jauh kerana mendengar tentang nama-Mu yang agung,+ tangan-Mu yang perkasa, dan lengan-Mu yang terentang untuk bertindak, lalu dia datang dan berdoa menghadap ke arah rumah ini,+ 33 semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga. Kabulkanlah segala permintaan orang asing itu agar semua orang di bumi menjadi seperti umat-Mu Israel yang mengenal nama-Mu+ dan takut kepada-Mu serta mengetahui bahawa nama-Mu ada pada rumah yang telah aku bina ini.
-
-
Yesaya 56:6, 7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Jika orang asing menyembah Aku, Yehuwa,
Kerana mereka mengasihi nama Aku, Yehuwa,+
Dan ingin berkhidmat kepada-Ku serta menjadi hamba-Ku,
Dan jika mereka menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat
Serta berpegang teguh pada perjanjian-Ku,
7 Aku juga akan membawa mereka ke gunung suci-Ku+
Dan memberi mereka sukacita di dalam rumah doa-Ku.
Aku akan menerima korban bakar dan korban-korban lain yang dipersembahkan oleh mereka di atas mazbah-Ku.
Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa.”+
-