PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 10:10-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Ketahuilah bahawa Yehuwa telah melaksanakan apa yang difirmankan melalui hamba-Nya Elia.+ Setiap firman Yehuwa, ya, segala yang difirmankan oleh Yehuwa berkenaan keluarga Ahab pasti menjadi kenyataan.”+ 11 Yehu juga membunuh semua ahli keluarga Ahab yang tertinggal di Yizreel, termasuk semua pemimpin kota, sahabat, dan imamnya.+ Ya, tidak seorang pun antara mereka yang dibiarkan hidup.+

      12 Kemudian, Yehu berangkat lalu pergi ke Samaria. Dalam perjalanannya, dia lalu di sebuah tempat yang digunakan untuk menggunting bulu biri-biri.* 13 Di situ, Yehu bertembung dengan saudara-saudara Ahazia,+ raja Yehuda. Yehu bertanya, “Siapakah kamu ini?” Mereka menjawab, “Kami saudara-saudara Ahazia, dan kami dalam perjalanan untuk mengunjungi anak-anak raja dan anak-anak bonda ratu. Kami ingin tanya khabar mereka.” 14 Dengan segera dia berkata, “Tangkaplah mereka hidup-hidup!” Maka mereka ditangkap hidup-hidup dan dibunuh di perigi dekat tempat menggunting bulu biri-biri. Kesemua 42 orang itu dibunuh, dan tidak ada seorang pun yang dibiarkan hidup.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi