PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 21:19-24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Engkau harus berkata kepada Ahab, ‘Inilah firman Yehuwa: “Setelah engkau membunuh pemiliknya,+ adakah engkau hendak mengambil harta miliknya pula?”’+ Kemudian beritahulah dia, ‘Inilah firman Yehuwa: “Di tempat anjing-anjing menjilat darah Nabot, di situ jugalah darahmu akan dijilat anjing.”’”+

      20 Ahab berkata kepada Elia, “Hai musuhku, kamu berjaya menemui beta!”+ Elia menjawab, “Ya, hamba berjaya menemui tuanku. Inilah firman Tuhan: ‘Oleh sebab engkau bertekad untuk melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa,+ 21 Aku akan membawa malapetaka kepadamu. Aku akan menyingkirkan dan melenyapkan engkau dan semua lelaki dalam keluargamu,+ termasuk yang lemah dan yang tidak berdaya daripada kalangan orang Israel.+ 22 Keturunanmu akan menjadi seperti keturunan Yerobeam+ anak Nebat dan keturunan Baesa+ anak Ahia. Hal ini demikian kerana engkau telah membuat Aku murka dan menyebabkan orang Israel berdosa.’ 23 Berkenaan Izebel, Yehuwa juga telah berfirman, ‘Anjing-anjing akan memakan mayat Izebel di sebidang tanah di Yizreel.+ 24 Semua keturunan Ahab yang mati di dalam kota akan dimakan oleh anjing-anjing, dan semua keturunannya yang mati di luar kota akan dimakan oleh burung-burung di langit.+

  • 2 Raja-Raja 9:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Engkau mesti membunuh semua ahli keluarga Ahab, tuanmu. Aku, Yehuwa, akan melakukan pembalasan bagi semua hamba dan nabi-Ku yang telah mati di tangan Izebel.+

  • 2 Raja-Raja 9:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Apabila mereka kembali kepada Yehu dan memberitahunya apa yang telah terjadi, dia berkata, “Hal ini berlaku seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa+ melalui hamba-Nya Elia, orang Tisbi itu. Dia pernah berkata, ‘Anjing-anjing akan memakan mayat Izebel di sebidang tanah di Yizreel.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi