PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Tawarikh 28:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Daud memberi Salomo semua pelan yang telah disingkapkan kepadanya menerusi kuasa suci Tuhan, iaitu pelan halaman Rumah Yehuwa,+ pelan bilik-bilik makan di sekelilingnya, pelan tempat penyimpanan harta rumah Tuhan yang benar, dan pelan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+ 13 Selain itu, Daud memberikan arahan kepada Salomo mengenai pembahagian kumpulan para imam+ dan orang Lewi, pekerjaan yang harus dilakukan oleh mereka di Rumah Yehuwa, dan semua perkakas yang digunakan untuk tujuan ibadat di Rumah Yehuwa.

  • 2 Tawarikh 8:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian Salomo mempersembahkan korban-korban bakar+ kepada Yehuwa di mazbah+ Yehuwa yang telah didirikannya di depan anjung Rumah Tuhan.+

  • 2 Tawarikh 8:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Salomo mengikut apa yang telah ditetapkan oleh bapanya Daud. Dia membahagikan para imam kepada beberapa kumpulan+ untuk menjalankan tugas mereka. Dia juga menugaskan orang Lewi untuk memuji+ Tuhan dan berkhidmat di hadapan para imam setiap hari. Kemudian dia membahagikan para pengawal kepada beberapa kumpulan dan menyuruh mereka untuk menjaga setiap pintu gerbang mengikut giliran kumpulan masing-masing.+ Salomo melakukan semua ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Daud, hamba Tuhan yang benar.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi