-
Ezra 3:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Mereka memberikan wang kepada para pemotong batu+ dan tukang-tukang mahir yang lain.+ Mereka juga memberikan minyak, makanan, dan minuman kepada orang Sidon dan orang Tirus yang membawa kayu-kayu sedar dari Lebanon ke Yope+ melalui jalan laut. Kayu-kayu itu dibawa atas perintah Raja Kores dari Persia.+
-
-
Ezra 5:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Hendaklah tuanku maklum bahawa hamba sekalian telah pergi ke Rumah Tuhan yang agung di wilayah Yehuda. Hamba sekalian mendapati bahawa rumah itu sedang dibina dengan batu-batu yang besar, dan temboknya dilapisi dengan kayu. Kerja pembinaan rumah itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berjalan dengan lancar.
-