-
Ezra 1:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ 3 Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan semoga Tuhannya menyertainya. Binalah semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang terletak di Yerusalem.* Sememangnya Dia ialah Tuhan yang benar.
-
-
Ezra 6:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, Raja Kores mengeluarkan perintah berkenaan Rumah Tuhan di Yerusalem:+ ‘Hendaklah rumah itu dibina semula sebagai tempat orang mempersembahkan korban. Letakkanlah asas rumah itu, dan rumah itu haruslah berukuran 60 hasta* tinggi dan 60 hasta lebar.+ 4 Temboknya haruslah dibina dengan tiga lapis batu besar dan satu lapis kayu.+ Segala perbelanjaannya hendaklah dibayar dengan wang daripada perbendaharaan diraja.+
-