-
1 Tawarikh 9:22-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai. 23 Mereka dan anak-anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk mengawal pintu-pintu rumah Yehuwa,+ iaitu khemah-Nya. 24 Mereka mengawal pintu di sebelah utara, selatan, timur, dan barat.+ 25 Dari masa ke masa, saudara-saudara mereka akan datang dari kampung dan bertugas bersama mereka selama tujuh hari. 26 Ada empat orang Lewi yang ditugaskan untuk menjadi ketua pengawal pintu.* Mereka dapat dipercayai, dan ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik* dan tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar.+ 27 Mereka ditugaskan untuk mengawal rumah Tuhan dan menjaga kunci pintunya. Maka pada waktu malam, mereka akan berkawal di sekeliling rumah Tuhan, dan pada setiap pagi, mereka akan membuka pintu-pintu rumah itu.
-