-
Ester 3:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Surat-surat itu dihantar oleh utusan raja ke semua wilayah pemerintahannya. Kandungan surat itu menyatakan bahawa semua orang Yahudi, tua dan muda, kanak-kanak dan wanita, mesti dibunuh, dihapuskan, dan dilenyapkan. Segala harta milik mereka juga harus dirampas.+ Hal ini haruslah dilaksanakan dalam masa satu hari, pada hari ke-13 bulan ke-12, iaitu bulan Adar.+
-
-
Ester 4:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Mordekhai memberitahu Hatah apa yang telah berlaku kepada dirinya, dan jumlah wang+ yang telah dijanjikan oleh Haman untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan raja agar orang Yahudi dibinasakan.+ 8 Mordekhai memberi Hatah salinan surat yang telah dikeluarkan di Susan,*+ yang mengandungi perintah raja untuk melenyapkan bangsanya. Dia menyuruh Hatah untuk menunjukkan surat itu kepada Ester dan menjelaskan kandungannya.+ Dia juga meminta supaya Ester pergi menghadap raja dan merayu raja untuk menunjukkan belas kasihan kepada bangsanya.
-