-
Ester 8:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Surat-surat itu menyatakan bahawa raja mengizinkan orang Yahudi di semua kota untuk berkumpul dan mempertahankan nyawa mereka. Orang Yahudi dibenarkan untuk membunuh, menghapuskan, dan melenyapkan orang yang bersenjata daripada bangsa dan wilayah mana pun yang mengancam mereka, termasuk wanita dan kanak-kanak. Orang Yahudi juga dibenarkan untuk merampas harta milik mereka.+ 12 Semua itu akan dilaksanakan di semua wilayah pemerintahan Raja Ahasweros dalam masa satu hari, iaitu pada hari ke-13 bulan ke-12 (bulan Adar*).+
-