-
Ester 3:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Surat-surat itu dihantar oleh utusan raja ke semua wilayah pemerintahannya. Kandungan surat itu menyatakan bahawa semua orang Yahudi, tua dan muda, kanak-kanak dan wanita, mesti dibunuh, dihapuskan, dan dilenyapkan. Segala harta milik mereka juga harus dirampas.+ Hal ini haruslah dilaksanakan dalam masa satu hari, pada hari ke-13 bulan ke-12, iaitu bulan Adar.+
-
-
Ester 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Pada hari ke-13 bulan ke-12, iaitu bulan Adar,*+ tibalah masanya untuk melaksanakan perintah dan undang-undang raja.+ Itulah hari yang dinantikan oleh musuh orang Yahudi untuk mengalahkan bangsa Yahudi. Tetapi sebaliknya, orang Yahudi mengalahkan orang yang memusuhi mereka.+ 2 Di semua wilayah pemerintahan Raja Ahasweros,+ orang Yahudi berkumpul di kota masing-masing untuk menyerang sesiapa sahaja yang ingin mencederakan mereka. Orang dari semua bangsa berasa takut akan mereka, dan tiada seorang pun yang berjaya mengalahkan mereka.+
-
-
Ester 9:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Orang Yahudi di wilayah yang lain juga berkumpul untuk mempertahankan nyawa mereka+ dan menghapuskan musuh mereka.+ Orang Yahudi telah membunuh 75,000 orang yang membenci mereka, tetapi mereka tidak merampas sebarang harta. 17 Hal itu berlaku pada hari ke-13 bulan Adar, dan mereka berehat pada hari ke-14. Pada hari ke-14, mereka bersuka ria dan berpesta.
-