10 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu itu?
Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+
11 Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.
Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+
12 Selamatkanlah kami daripada kesusahan,+
Kerana penyelamatan daripada manusia tidak berguna.+
13 Ya Tuhan, Engkau akan memberi kami kekuatan,+
Dan Engkau akan menginjak-injak musuh kami.+