Mazmur
Sebuah mazmur. Lagu yang digubah oleh Daud.
108 Ya Tuhan, hatiku tetap teguh.
Dengan sedaya upaya, aku akan menyanyikan lagu dengan iringan muzik untuk-Mu.+
2 Bangunlah, hai alat muzik bertali dan kecapi.+
Aku akan membangunkan fajar.
3 Ya Yehuwa, aku akan memuji Engkau di hadapan semua orang
Dan menyanyikan pujian kepada-Mu* di hadapan bangsa-bangsa.
4 Kasih setia-Mu yang besar setinggi langit,+
Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan.
5 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;
Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi.+
6 Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu;
Jawablah seruanku supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.+
7 Tuhan berfirman demi kesucian-Nya,*
“Aku akan bersukacita dan memberikan tanah Sikhem+ kepada umat-Ku.
Aku akan menyukat Lembah* Sukot untuk dibahagikan kepada umat-Ku.+
8 Gilead+ dan Manasye ialah kepunyaan-Ku,
Efraim ialah topi besi bagi kepala-Ku,+
Dan Yehuda ialah tongkat pemerintahan-Ku.+
9 Tetapi Aku akan menjadikan Moab tempat pembasuhan-Ku.+
Aku akan melemparkan kasut-Ku kepada Edom.+
Aku akan bersorak kerana mengalahkan orang Filistin.”+
10 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu itu?
Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+
11 Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.
Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+