Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
109 Ya Tuhan yang aku puji,+ janganlah berdiam diri.
2 Orang jahat dan pendusta menyerang aku dengan kata-kata mereka.
Mereka bercakap bohong tentang aku.+
3 Mereka mengepung aku lalu melemparkan kata-kata yang penuh kebencian.
Mereka menyerang aku tanpa sebarang alasan.+
4 Walaupun aku mengasihi mereka, mereka menentang aku;+
Namun aku akan terus berdoa kepada-Mu.
6 Biarlah orang yang jahat menghakimi musuhku;
Biarlah seseorang berdiri di sebelah kanannya untuk menentangnya.*
7 Biarlah dia dihakimi dan didapati bersalah;
Biarlah doanya pun dianggap sebagai dosa.+
9 Biarlah anak-anaknya menjadi yatim,
Dan isterinya menjadi balu.
10 Biarlah anak-anaknya menjadi pengemis yang berkeliaran.
Biarlah mereka keluar dari tempat tinggal mereka yang buruk untuk mencari makanan.
11 Biarlah semua barangnya dirampas oleh pemberi pinjaman;
Biarlah hartanya dijarah oleh orang asing.
12 Biarlah tiada orang yang baik hati* kepadanya,
Atau berbelas kasihan terhadap anak-anaknya yang menjadi yatim.
13 Biarlah keturunannya binasa;+
Biarlah nama mereka dilupakan oleh generasi selanjutnya.
14 Biarlah kesalahan nenek moyangnya diingati Yehuwa;+
Biarlah dosa ibunya tidak dilupakan.
15 Semoga Yehuwa sentiasa ingat akan perbuatan mereka;
Biarlah mereka tidak lagi dikenang oleh orang di bumi.+
16 Mereka lupa menunjukkan kebaikan hati.*+
Sebaliknya mereka asyik memburu dan hendak membunuh+
Orang yang tertindas,+ yang miskin, dan yang remuk hati.
17 Mereka suka mengutuk orang, maka mereka juga dikutuk;
Mereka enggan memberkati orang, maka mereka juga tidak diberkati.
18 Kutukan menjadi seperti pakaian pada badan mereka.
Kutukan memasuki tubuh mereka seperti air
Dan menyerap seperti minyak ke dalam tulang-tulang mereka.
19 Biarlah kutukan menutupi mereka seperti pakaian+
Dan sentiasa membelit mereka seperti tali pinggang.
20 Demikianlah cara Yehuwa membalas orang yang menentang aku+
Dan orang yang mengatakan hal-hal buruk tentang aku.
21 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
Tolonglah aku demi nama-Mu.+
Selamatkanlah aku kerana Engkau amat pengasih dan setia.+
23 Aku hampir lenyap bagaikan bayangan yang kian menghilang;
Aku dikebas seperti belalang.
24 Lututku gementar kerana berpuasa;
Aku kurus kering dan semakin lemah.
25 Apabila orang nampak aku, mereka menggelengkan kepala.+
Aku telah menjadi bahan ejekan mereka.+
26 Bantulah aku, ya Yehuwa, Tuhanku.
Selamatkanlah aku kerana Engkau pengasih dan setia.
27 Dengan itu, mereka akan tahu bahawa itulah perbuatan-Mu, ya Yehuwa,
Dan bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.
28 Semoga Engkau memberkati aku ketika mereka mengutuk aku.
Biarlah mereka dimalukan semasa mereka bangkit untuk menentang aku.
Tetapi biarlah aku, hamba-Mu, bersukacita.
29 Biarlah orang yang menentang aku diliputi kehinaan;
Biarlah rasa malu menyelubungi mereka seperti jubah.+
30 Aku akan membuka mulutku dan memuji Yehuwa dengan bersungguh-sungguh.
Aku akan memuji-Nya di hadapan ramai orang,+
31 Kerana Dia berdiri di sebelah kanan orang miskin
Dan menyelamatkan mereka daripada orang yang menjatuhkan hukuman kepada mereka.