PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 “Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu, iaitu dari Laut Merah ke Laut Tengah,* dan dari padang belantara ke sungai besar.*+ Aku akan menyerahkan penduduk negeri itu ke dalam tangan kamu, dan kamu akan mengusir mereka semua.+

  • 1 Raja-Raja 4:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Salomo berkuasa atas semua kerajaan dari Sungai Efrat+ sampai ke negeri orang Filistin dan sempadan negeri Mesir. Semua rakyat di sana membayar ufti kepada Salomo dan melayaninya sepanjang hayatnya.+

  • Mazmur 2:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Mohonlah kepada-Ku, maka Aku akan memberikan bangsa-bangsa sebagai warisanmu,

      Dan seluruh bumi sebagai milikmu.+

  • Mazmur 22:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Ya Yehuwa, orang dari seluruh pelosok bumi akan mengingati-Mu dan berpaling kepada-Mu;

      Semua bangsa akan bersujud di hadapan-Mu.+

      28 Ya Yehuwa, Engkaulah Raja;+

      Engkaulah yang berkuasa atas semua bangsa.

  • Daniel 2:35
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Pada waktu yang sama, besi, tanah liat, tembaga, perak, dan emas, semuanya dihancurkan. Semuanya menjadi seperti sekam di tempat mengirik* gandum pada musim panas, dan ditiup angin sehingga tiada apa-apa yang tertinggal. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi sebuah gunung yang besar dan memenuhi seluruh bumi.

  • Zakharia 9:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Kereta kuda yang digunakan dalam peperangan, akan Aku lenyapkan dari Efraim,

      Begitu juga dengan kuda di Yerusalem.

      Busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan.

      Rajamu akan mengisytiharkan kedamaian kepada bangsa-bangsa;+

      Kerajaannya akan terbentang dari laut ke laut,

      Dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi