-
Kejadian 41:39-41Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Maka Firaun berkata kepada Yusuf, “Memandangkan Tuhan telah membolehkan kamu mengetahui semua hal ini, tiada orang yang lebih berpengertian dan lebih bijaksana daripada kamu. 40 Oleh itu, kamulah yang akan diberi kuasa atas rumah beta, dan semua rakyat beta akan mematuhi segala perintahmu.+ Betalah satu-satunya orang yang lebih berkuasa daripada kamu kerana betalah raja.” 41 Firaun berkata lagi kepada Yusuf, “Lihatlah! Beta melantik kamu untuk mengurus seluruh negeri Mesir.”+
-
-
Kejadian 41:48Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
48 Selama tujuh tahun, dia mengumpulkan semua makanan yang dihasilkan di Mesir dan menyimpannya di kota-kota. Di setiap kota, dia akan menyimpan makanan yang dihasilkan di ladang-ladang sekitar kota itu.
-
-
Kejadian 45:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Jadi, yang menghantarku ke sini sebenarnya bukan kamu, tetapi Tuhan yang benar. Dia telah melantikku sebagai ketua penasihat Firaun, penguasa seluruh rumah tangganya, dan pemerintah seluruh negeri Mesir.+
-