PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 12:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana semasa mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, mereka melakukan perkara-perkara jijik yang dibenci oleh Yehuwa. Mereka bahkan membakar anak-anak mereka sendiri sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan mereka.+

  • 2 Raja-Raja 16:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Pada tahun ke-17 pemerintahan Pekah anak Remalia, Ahas+ anak Raja Yotam dari Yehuda menjadi raja.

  • 2 Raja-Raja 16:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dia mengikut haluan hidup raja-raja Israel,+ dan bahkan membakar anak lelakinya di dalam api.*+ Dia mengikut perbuatan keji yang diamalkan oleh bangsa-bangsa+ yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.

  • 2 Raja-Raja 17:17, 18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Selain itu, mereka membakar anak lelaki dan anak perempuan sendiri di dalam api,*+ mengamalkan ilmu ramal,+ mencari petanda, dan memperhambakan diri untuk melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa. Ya, mereka telah membangkitkan kemurkaan-Nya.

      18 Maka Yehuwa sangat murka terhadap orang Israel, sehingga Dia menyingkirkan mereka semua dari pandangan-Nya;+ hanya suku Yehuda yang tertinggal.

  • Yeremia 7:30, 31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 ‘Bangsa Yehuda telah melakukan apa yang jahat di mata-Ku,’ firman Yehuwa. ‘Mereka telah meletakkan patung-patung berhala yang jijik di dalam rumah yang dibina untuk nama-Ku. Mereka berbuat demikian untuk menajiskan Rumah-Ku.+ 31 Mereka telah membina tempat-tempat ibadat* di Tofet, yang terletak di Lembah Hinom,*+ supaya mereka dapat membakar anak-anak mereka di dalam api,+ padahal Aku tidak pernah menyuruh mereka berbuat demikian. Hal itu bahkan tidak pernah terlintas dalam fikiran-Ku.’*+

  • 1 Korintus 10:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Tidak. Maksudku ialah korban yang dipersembahkan oleh bangsa-bangsa lain dipersembahkan kepada roh-roh jahat, bukannya kepada Tuhan.+ Aku tidak ingin kamu dikaitkan dengan roh-roh jahat.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi