PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 135:15-18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Patung berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas,

      Dihasilkan oleh tangan manusia.+

      16 Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap;+

      Ada mata tetapi tidak dapat melihat;

      17 Ada telinga tetapi tidak dapat mendengar;

      Ada hidung tetapi tidak dapat bernafas.+

      18 Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala,+

      Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.+

  • Yesaya 40:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Tukang seni menghasilkan patung,

      Lalu tukang besi menyalutinya dengan emas+

      Dan membuat rantai perak untuknya.

  • Yesaya 46:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Orang mengeluarkan banyak emas daripada kantung mereka;

      Mereka menimbang perak dengan dacing.

      Mereka mengupah tukang besi untuk membuat berhala,+

      Lalu bersujud untuk menyembah berhala itu.+

  • Yeremia 10:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Adat resam mereka sia-sia sahaja.

      Seorang tukang kayu menebang sebatang pokok di dalam hutan,

      Lalu membuat patung berhala daripadanya.+

       4 Patung itu dihiasi dengan emas dan perak+

      Lalu dikukuhkan dengan tukul dan paku supaya patung itu tidak terjatuh.+

  • Yeremia 10:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Mereka semua bodoh dan tidak berakal.+

      Sia-sia sahaja mereka menerima arahan daripada sebatang pokok.+

       9 Piring-piring perak dibawa dari Tarsis+ dan emas dibawa dari Ufaz;

      Semua itu digunakan oleh tukang besi dan tukang-tukang yang mahir.

      Patung-patung itu dikenakan pakaian yang diperbuat daripada benang biru dan kain bulu yang berwarna ungu.

      Semua patung itu dibuat oleh tukang-tukang yang mahir.

  • Kisah 19:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Kamu sendiri sudah melihat dan mendengar bahawa Paulus berjaya meyakinkan banyak orang di Efesus+ dan di hampir seluruh daerah Asia untuk percaya bahawa tuhan-tuhan yang dibuat dengan tangan bukanlah tuhan yang sebenar.+

  • 1 Korintus 10:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Apakah yang aku maksudkan? Adakah aku bermaksud bahawa berhala ataupun korban yang dipersembahkan kepada berhala itu penting?

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi