PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 24:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Lihatlah, ayahanda! Ya, lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini. Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku yang tidak berlengan ini, hamba tidak membunuh tuanku. Maka tuanku dapat lihat dan sedar bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak atau mencederakan tuanku, dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.+ Meskipun begitu, tuanku mengejar hamba dan ingin membunuh hamba.+

  • 2 Samuel 22:21-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar.+

      Dia memberikan ganjaran kepadaku kerana tanganku tidak berbuat salah.+

      22 Aku mengikuti haluan Yehuwa,

      Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku.

      23 Segala hukum-Nya+ ada di hadapanku,

      Aku tidak akan menyimpang daripada perintah-Nya.+

      24 Aku bertekad untuk tetap suci+ di hadapan-Nya,

      Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+

      25 Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+

      Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+

  • Mazmur 24:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Siapakah yang boleh naik ke gunung Yehuwa,+

      Dan siapakah yang boleh berdiri di tempat suci-Nya?

       4 Sesiapa sahaja yang tidak berbuat salah dan yang berhati murni,+

      Yang tidak mengangkat sumpah palsu atas nama-Nya,*

      Dan yang tidak bersumpah dengan niat untuk menipu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi