-
1 Samuel 3:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pada hari itu, Aku akan melaksanakan segala firman-Ku mengenai Eli dan keluarganya, dari mula sampai akhir.+ 13 Engkau harus memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana dia tahu+ bahawa anak-anaknya sudah berdosa dengan mengutuk Tuhan+ tetapi dia tidak menegur mereka dengan tegas.+
-
-
1 Raja-Raja 1:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Sementara itu, Adonia,+ anak lelaki Hagit, meninggikan diri dengan berkata, “Aku akan menjadi raja!” Dia mempersiapkan sebuah kereta kuda dan para penunggang kuda untuk dirinya. Selain itu, dia juga menyuruh 50 orang untuk berlari di hadapannya.+ 6 Tetapi bapanya tidak pernah menegurnya dengan berkata, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Adonia juga sangat kacak, dan dia lahir selepas Absalom.
-