PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 2:22-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Eli sudah sangat tua dan dia mendengar tentang segala yang dilakukan oleh anak-anaknya+ terhadap umat Israel. Dia juga tahu bahawa anak-anaknya telah meniduri para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.+ 23 Dia selalu berkata kepada mereka, “Aku sudah mendengar daripada semua orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu asyik melakukan hal sebegitu? 24 Hai anak-anakku, janganlah begitu. Apa yang aku dengar tentang kamu dalam kalangan umat Yehuwa tidak baik. 25 Jika seseorang berdosa terhadap manusia, orang lain dapat merayu kepada Yehuwa bagi pihaknya.* Tetapi jika seseorang berdosa terhadap Yehuwa,+ siapakah yang dapat berdoa untuknya?” Namun mereka tidak mahu mendengarkan bapa mereka, dan Yehuwa sudah membuat keputusan untuk membinasakan mereka.+

  • 1 Samuel 8:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anak lelakinya sebagai hakim orang Israel. 2 Anak sulungnya bernama Yoel dan anak yang kedua bernama Abia.+ Mereka menjadi hakim di Beer-syeba. 3 Tetapi anak-anaknya tidak mengikut haluannya. Mereka suka mengaut keuntungan secara tidak jujur+ dan mereka menerima rasuah+ serta menghakimi rakyat secara tidak adil.+

  • 2 Samuel 15:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Daud pun segera berkata kepada semua pegawai yang bersamanya di Yerusalem, “Ayuh! Marilah kita melarikan diri.+ Jika tidak, tiada seorang pun antara kita yang dapat melepaskan diri daripada Absalom! Cepatlah, janganlah sampai kita dikejar dan ditangkap olehnya. Dia pasti akan mendatangkan malapetaka atas kita dan membunuh semua penduduk kota ini dengan pedang!”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi