-
1 Samuel 24:6, 7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Dia berkata kepada anak buahnya, “Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu terhadap tuanku, orang yang dilantik oleh Yehuwa. Aku tidak boleh mencederakan dia kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”+ 7 Demikianlah Daud menghalang* anak buahnya dengan kata-kata itu dan dia tidak membenarkan mereka menyerang Saul. Saul pula meninggalkan gua itu, lalu meneruskan perjalanannya.
-