-
Matius 21:23-25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Selepas itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan. Semasa dia sedang mengajar, para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi datang kepadanya lalu bertanya, “Dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 24 Yesus menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Jika kamu menjawabnya, aku akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini: 25 Siapakah yang memberi Yohanes kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia?” Mereka mula berbincang sesama sendiri dan berkata, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’+
-