PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 11:27-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Sekali lagi mereka datang ke Yerusalem. Semasa Yesus berjalan di dalam Rumah Tuhan, para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi, datang kepadanya 28 dan bertanya, “Dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 29 Yesus menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Jika kamu menjawabnya, aku akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini. 30 Siapakah yang memberi Yohanes+ kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia? Jawablah soalanku.”+ 31 Mereka mula berbincang sesama sendiri dan berkata, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’ 32 Atau patutkah kita berkata, ‘Manusia’?” Namun, mereka takut berkata demikian kerana orang ramai menganggap Yohanes sebagai seorang nabi.+ 33 Oleh itu, mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Maka Yesus berkata, “Kalau begitu, aku pun tidak akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini.”

  • Lukas 20:1-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Pada suatu hari, semasa Yesus mengajar orang di Rumah Tuhan dan mengisytiharkan berita baik, para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi, datang kepadanya 2 lalu berkata, “Beritahulah kami, dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 3 Dia menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Beritahulah aku: 4 Siapakah yang memberi Yohanes kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia?” 5 Mereka pun berbincang sesama sendiri, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’ 6 Tetapi jika kita kata, ‘Manusia,’ orang ramai akan merejam kita, kerana mereka percaya bahawa Yohanes ialah seorang nabi.”+ 7 Maka, mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu dari mana Yohanes mendapat kuasanya. 8 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, aku pun tidak akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi