-
Matius 21:23-27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Selepas itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan. Semasa dia sedang mengajar, para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi datang kepadanya lalu bertanya, “Dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 24 Yesus menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Jika kamu menjawabnya, aku akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini: 25 Siapakah yang memberi Yohanes kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia?” Mereka mula berbincang sesama sendiri dan berkata, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’+ 26 Namun, jika kita kata, ‘Manusia,’ kita takut orang ramai akan mengapa-apakan kita, kerana mereka semua menganggap Yohanes sebagai seorang nabi.” 27 Oleh itu, mereka berkata kepada Yesus, “Kami tidak tahu.” Maka Yesus berkata, “Kalau begitu, aku pun tidak akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini.
-
-
Markus 11:27-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Sekali lagi mereka datang ke Yerusalem. Semasa Yesus berjalan di dalam Rumah Tuhan, para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi, datang kepadanya 28 dan bertanya, “Dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 29 Yesus menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Jika kamu menjawabnya, aku akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini. 30 Siapakah yang memberi Yohanes+ kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia? Jawablah soalanku.”+ 31 Mereka mula berbincang sesama sendiri dan berkata, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’ 32 Atau patutkah kita berkata, ‘Manusia’?” Namun, mereka takut berkata demikian kerana orang ramai menganggap Yohanes sebagai seorang nabi.+ 33 Oleh itu, mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Maka Yesus berkata, “Kalau begitu, aku pun tidak akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini.”
-