PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 2:22-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Eli sudah sangat tua dan dia mendengar tentang segala yang dilakukan oleh anak-anaknya+ terhadap umat Israel. Dia juga tahu bahawa anak-anaknya telah meniduri para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.+ 23 Dia selalu berkata kepada mereka, “Aku sudah mendengar daripada semua orang tentang kejahatan yang kamu lakukan. Mengapa kamu asyik melakukan hal sebegitu? 24 Hai anak-anakku, janganlah begitu. Apa yang aku dengar tentang kamu dalam kalangan umat Yehuwa tidak baik. 25 Jika seseorang berdosa terhadap manusia, orang lain dapat merayu kepada Yehuwa bagi pihaknya.* Tetapi jika seseorang berdosa terhadap Yehuwa,+ siapakah yang dapat berdoa untuknya?” Namun mereka tidak mahu mendengarkan bapa mereka, dan Yehuwa sudah membuat keputusan untuk membinasakan mereka.+

  • 2 Tawarikh 36:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi