PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 13:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Maka beta berfikir, ‘Sekarang orang Filistin akan turun dan menyerang beta di Gilgal, padahal beta belum lagi mendapatkan perkenan Yehuwa.’ Itulah sebabnya beta terpaksa mempersembahkan korban bakar itu.”

      13 Lalu Samuel berkata kepada Saul, “Tuanku telah bertindak dengan bodoh. Tuanku tidak mematuhi perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan tuanku.+ Jika tuanku mematuhinya, Yehuwa pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel untuk selama-lamanya.

  • 1 Samuel 15:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Kemudian Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai Yehuwa: Mempersembahkan korban bakar+ atau mentaati-Nya? Sememangnya mentaati Yehuwa lebih baik daripada mempersembahkan korban, dan mendengar dengan teliti lebih baik daripada mempersembahkan lemak bebiri jantan;+

  • Amsal 21:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Korban orang jahat menjijikkan,+

      Lebih-lebih lagi jika dia mempersembahkannya dengan niat yang jahat!*

  • Yesaya 1:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Jangan mempersembahkan korban bijirin lagi; semua itu sia-sia saja.

      Aku muak dengan kemenyan yang kamu bakar.+

      Kamu menyambut perayaan bulan baharu+ serta hari Sabat+ dan mengadakan perhimpunan,+

      Tetapi Aku tidak tahan melihat kamu menggunakan ilmu sihir+ semasa kamu menghadiri perhimpunan-perhimpunan suci kamu.

  • Hosea 6:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Hal ini demikian kerana Aku lebih ingin kamu menunjukkan kasih dan kesetiaan,* bukannya mempersembahkan korban,

      Dan Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi