PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 15:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Kemudian Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai Yehuwa: Mempersembahkan korban bakar+ atau mentaati-Nya? Sememangnya mentaati Yehuwa lebih baik daripada mempersembahkan korban, dan mendengar dengan teliti lebih baik daripada mempersembahkan lemak bebiri jantan;+

  • Amsal 21:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Perbuatan yang adil dan benar

      Lebih menyenangkan hati Yehuwa daripada persembahan korban.+

  • Yesaya 1:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman, “Apa gunanya kamu mempersembahkan begitu banyak korban bagi-Ku?+

      Aku sudah bosan dengan biri-biri jantan yang dipersembahkan sebagai korban bakar+ dan lemak binatang yang digemukkan.+

      Aku tidak suka dengan darah+ anak lembu jantan,+ biri-biri, dan kambing.+

  • Mikha 6:6-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Apakah yang harus aku bawa semasa menghadap Yehuwa?

      Apakah yang harus aku bawa semasa aku bersujud kepada Tuhan di syurga?

      Haruskah aku mempersembahkan korban bakar di hadapan-Nya?

      Haruskah aku membawa anak lembu yang berumur satu tahun?+

       7 Adakah Yehuwa berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor kambing jantan?

      Ataupun minyak zaitun yang berlimpah-limpah?+

      Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana kesalahanku?

      Haruskah aku mempersembahkan anak kandungku kerana dosaku?+

       8 Hai manusia, Tuhan telah memberitahu engkau apa yang baik.

      Apakah yang dikehendaki oleh Yehuwa daripadamu?

      Dia ingin engkau berlaku adil,+ mencintai kesetiaan,*+

      Dan hidup dengan rendah hati+ di hadapan Tuhan.+

  • Matius 9:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Pergilah dan belajarlah maksud kata-kata ini: ‘Aku mahukan belas kasihan, bukannya korban.’+ Aku datang untuk memanggil pendosa, bukannya orang yang alim.”

  • Matius 12:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Namun, jika kamu memahami maksud ayat ini, ‘Aku mahukan belas kasihan,+ bukannya korban,’+ kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah,

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi