PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 21:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Ahab berkata kepada Elia, “Hai musuhku, kamu berjaya menemui beta!”+ Elia menjawab, “Ya, hamba berjaya menemui tuanku. Inilah firman Tuhan: ‘Oleh sebab engkau bertekad untuk melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa,+ 21 Aku akan membawa malapetaka kepadamu. Aku akan menyingkirkan dan melenyapkan engkau dan semua lelaki dalam keluargamu,+ termasuk yang lemah dan yang tidak berdaya daripada kalangan orang Israel.+

  • 2 Raja-Raja 10:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Ketahuilah bahawa Yehuwa telah melaksanakan apa yang difirmankan melalui hamba-Nya Elia.+ Setiap firman Yehuwa, ya, segala yang difirmankan oleh Yehuwa berkenaan keluarga Ahab pasti menjadi kenyataan.”+ 11 Yehu juga membunuh semua ahli keluarga Ahab yang tertinggal di Yizreel, termasuk semua pemimpin kota, sahabat, dan imamnya.+ Ya, tidak seorang pun antara mereka yang dibiarkan hidup.+

  • Yeremia 22:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, ‘bahawa meskipun engkau, Konia*+ anak Yehoyakim,+ raja Yehuda, merupakan cincin mohor pada tangan kanan-Ku, Aku masih akan menanggalkan engkau dari tangan-Ku!

  • Yeremia 22:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Inilah firman Yehuwa:

      ‘Catatlah lelaki ini sebagai orang yang tidak mempunyai anak.

      Dia akan gagal seumur hidupnya.

      Tiada seorang pun daripada keturunannya yang akan berjaya

      Duduk di atas takhta Daud dan memerintah Yehuda lagi.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi